Friday, January 23, 2009

Duniawikah?

23 Januari 2009

Hari ini, cuaca agak cerah. Suasana yang dapat dilihat agak menarik pandangan mata. Salji bersinar-sinar bagai serpihan permata yang berselerakan di tepi jalanan. Angin yang bertiup pula tidaklah sesejuk selalu, cuma sekadar membawa kesegaran yang sudah lama tidak dirasai. Jalan-jalan yang dahulunya licin dan sering membuatkan penggunanya tergelincir dan jatuh, kin dibasahi oleh salji yang mencair. Rumput-rumput pula mulai memunculkan diri dari bawah debuan ais yang larut ke dalam tanah memberikan pandangan kehijauan yang sudah lama kami rindukan. Seronok pula rasa hati ini memrhatikan perubahan kawasan sekeliling.

Apabila tiba di rumah, setelah membuka kasut (masih mengamalkan budaya melayu walaupun di USA), saya duduk-duduk seketika di ruangan tamu. Saya perhatikan sekeliling dalaman rumah kami. Tiada apa yang menarik untuk diperhatikan. Di tengah-tengah ruang tamu, hanyalah sebuah meja kayu yang berwarna kuning langsat, dikelilingi oleh lima buah kerusi yang hampir sama warnanya. Lantai pula tidak dilitupi oleh karpet atau permaidani. Menampakkan lantai papan yang berwarna merah gelap. Di satu penjuru, terdapat sebuah meja sudut dua tingkat yang berwarna hitam. Di tingkat atas meja sudut tersebut, hadir dua buah kotak yang berisi pokok-pokok yang tidak saya ketahui namanya. Di tingkat bawahnya pula terletak "router" internet yang berkelip-kelip lampunya. Di sebelah meja sudut tersebut, terpaku sebuah sofa berkembar merah yang disimbahi cahaya matahari yang menerjah masuk melalui tingkap di belakang sofa tesebut.

Kemudian saya berlalu masuk ke bilik saya yang terletak di sebelah kanan pintu masuk ke ruang tamu. Saya buka komputer yang berada di atas meja belajar yang saya beli dari Malaysia. Walaupun ramai di antara kawan saya membeli komputer baru sebaik sahaja tiba di sini, saya tetap kekal pada komputer lama saya. Walaupun hati ini sering mengidamkan sebuah komputer baru yang lebih maju dan cantik.

Puas membelek-belek komputer, saya keluar dan kembali melihat ruang tamu dengan pandangan kosong. Teringat saya pada kata-kata kawan yang pernah sampai ke rumah ini, "Kat sini, kalau kau letak LCD sebiji, lepas tu, siap dengan "home theater", mesti mantap. Kat bwh LCD tu pula, kau letak PS3 tak pun XBox 360, mesti lagi gempak." Pada ketika itu, saya hanya tertawa sambil berkata, "Kalau aku kaya, insyaAllah aku letak. Tapi, kalau kau nak sponsor, aku terima je".

Sememangnya, kita sukar terlepas untuk menjadi materialistik apabila tiba di tanah US ini. Gajet-gajet canggih dan kompleks boleh didapati dengan mudah di internet. Kamera SLR, IPod, IPhone, LCD, PS3, XBox, Wii dan sebagainya sangat-sangat menjadi impian pelajar-pelajar. Harganya pula lebih murah berbanding Malaysia. Pergi ke mana-mana, barang-barang popular tersebut akan sering dibincangkan. Sehinggakan, ada seorang YB yang pernah tiba di sini, turut bertanya mengenai barangan-barangan tersebut.

Walaubagaimanapun, harganya tidaklah semurah mana. Bagi kami yang hanya bergantung pada biayaan biasiswa, harta-harta tersebut sepatutnya tidak mampu kami beli. Tetapi, yang peliknya, ramai yang memilikinya. Mungkin mereka memang berkemampuan ataupun mereka menafikan yang mereka sebenarnya tidak berkemampuan dan memaksa diri untuk memebelinya.

Setahu saya, ramai yang sering mengadu, "kami kesempitan wang, JPA tidak meberikan elaun yang mencukupi, "rate" kami sepatutnya dinaikkan," dan pelbagai masalah lagi. Tetapi, apabila tiba di rumah mereka, TV Plasma tersergam indah, wayar PS3 atau Xbox berselirat di atas lantai, kamera SLR dan IPod pula terbaring di atas meja masing-masing.

Inikah yang mereka maksudkan dengan wang tidak mencukupi? Berapa banyak lagi yang mereka mahukan dari JPA supaya mencukupi? Sebanyak manakah yang dikatakan "cukup" itu? Adakah mereka akan puas jika "rate" mereka dinaikkan?

Bagi pendapat saya, selagi mereka tidak mendapat semua yang diidamkan, selagi itulah tidak cukup. Untuk mendapat semuanya pula adalah mustahil. Kesimpulannya, mereka tidak akan berasa cukup!

Bagi saya lagi, selama mana mereka masih menginginkan harta-harta dunia tersebut, selama itulah mereka tidak akan berasa cukup. Tidak dinafikan, saya juga kadang-kala berhasrat memiliki barang-barang tersebut. Tetapi apabila mengenangkan benda-benda itu hanyalah harta duniawi, saya batalkan hasrat tersebut. Teringat saya pada kata-kata ibu saya apabila melihat jiran-jiran kami bermegah-megah dengan kereta baru masing-masing, "Kereta tu kau tak bawa masuk kubur..."

Walaupun bunyinya agak tajam dan kasar, namun ia amat memberi kesan pada diri saya. Apabila sampai di sini, ayat itu menjadi semakin jelas di ingatan saya, berdengung-dengung apabila saya ingin memebeli sesuatu yang tidak bermakna.

Saya harap, rakan-rakan saya sedar akan dugaan duniawi di US ini. Biarlah kita tidak mempunyai satu barang pun selama kita di sini, tetapi apabila pulang kita mampu memberi sumbangan yang besar pada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah.

13 comments:

Hanis Haziqah said...

gambaran yg sungguh realistik. @_@ <--- muke kna hipnosis. well, manusia ni cam xpnah puas. tol x?

Unknown said...

betul-betul...nasib baik mak aku marah kalo beli benda bukan2...x jadi nak beli...huhuhu

Nadly said...

lumrah manusia r bro...nabi kan penah kate..manusia ni kalo dapat satu gunung emas pun,dye b'kira jugak nk lagi satu gunung emas=)

Anonymous said...

sungguh sadis warkah ini.

Anonymous said...

That is a very matured view of a young man like you...Good!

Anonymous said...

haha... ret c kt purdue ni mmg xcukup utk bli kete... so nk bawak masuk kubo camne?? bli ipod cukup r... tp ko xkata ipod masuk kubo

Unknown said...

hahaha....
"keta" tu utk situasi org beli keta jer...
kalo utk ipod...kene tukar sket...

"IPod tu kau tak bawak masuk kubur...."

hehehe =)

farabella said...

nice post!keep it up!

taufiq said...

manusia mmg lumrah nya begitu, tak akan pernah cukup. dah digambarkan sendiri dalam quran kan? so kene pandai tolerate with that la nampaknye

Anonymous said...

Betul tu Jenal Lutfi...
(setuju setuju)<--menganggukkan kepala

Rate yang JPA bagi kat kitorang RM 800 jer sebulan...
Aku makan RM 4 ringgit sehari...
sewa rumah RM 1000 setahun...

JPA sebenarnye dah bagi banyak dah duit tu (tak kiralah dimana anda berada)...

Tapi kalau nak beli motor, TV, semua kat Carefour tu nak amek... susah jugak lar...
walaupun dapat rate US,
duduk kat Indonesia pun tak cukup tau....

(';')

p/s:
Anyway, ko beli r barang2 elektronik kat sane...
bagi kat aku (hadiah)...
pas tu aku jual kat sini...

untung berlipat ganda...
brg elektronik sini mahal...
sterika cikai jer RM 80...

----{@

Anonymous said...

Eh,
Jenal...
Happy Belated Birthday...

Ko tak der post ape2 ker pasal birthday ko hari tu?
Solat Sujud Syukur ker etc...

(';'

Unknown said...

thanks utk wish besday tu...
amatlah di hargai...

hari tu...saya ada gak nak sentuh psl besday nih.
tp...pk2 balek..rasenye akan menyinngung ramai org..maka x jadi...

btw...kepada sape yg nak buat bisnes tu..saya mmg ade plan nak buat...cume xde rakan yg satu kepala kat malaysia...
kalo betul2 serius.. emel kat cni zainallutfi@gmail.com

Anonymous said...

eh, jenal post jer lar pasal birthday tu...teringin jugak aku nak tau...

Kalau tersinggung tak pe...
tu pendapat ko,
bukan perasaan orang lain...

Kalau perlu,
lain kali...
tak payah wish birthday ko lagi, sbb ko tak suke...betul tak?


(';')