Ramadan 1997
"LARI!!" jerit salah seorang rakan kami. "Diorang baling mercun ketupat!!" laung suara yang sama.
Tanpa berfikir panjang, kami terus berlari menyelamatkan diri jauh dari 'medan perang'.
"POM!!". Sah! Memang ada yang baling mercun ketupat ke arah kami. Bunyinya yang luar biasa mampu menggegar pintu besi kedai yang ada berdekatan. Jika kami tidak lari, kemungkinan berdesing telinga jika mercun itu meletup berdekatan badan.
Kumpulan kami berkumpul semula di jalan berhadapan surau yang kami telah tukar menjadi 'medan perang mercun' sejurus serangan mercun ketupat tamat. Kami menyusun kembali barisan untuk membalas serangan ke kumpulan yang berada di seberang jalan sana.
"Shuuu!" satu mercun roket dilepaskan dari kumpulan kami.
" Shuu! Shuu! Shuuu!" diikuti oleh beberapa lagi mercun yang sama diikuti oleh beberapa bunyi letupan menandakan mercun tersebut selamat tiba ke kumpulan seberang. Saya juga berbuat demikian.
Sebatang mercun roket disisip ke dalam tapak tangan kanan dan tangan kiri dihulur mencucuh sumbu dengan sebiji lighter. Sebaik sumbu habis ke pangkalnya, SUP... berdesup mercun tersebut meloloskan diri dari tangan saya, menuju untuk menyerang.
Kali ni, giliran kumpulan sana pula bertempiaran lari menyelamatkan diri, berpecah dari formasi masing-masing. Puas hati kami melihatnya.
Tidak cukup dengan mercun roket, sebiji 'Thunderclap' turut 'dihantar' menyerang. Bersinar seketika jalan di hadapan surau yang sedari tadi suram yang hanya diterangi oleh lampu jalan berwarna oren.
Bertambah hiruk-pikuk ahli kumpulan bertebaran lari memandangkan mercun Thunderclap yang kami hantar tadi berpantul-pantul 'mengejar' mereka sebelum mati dengan satu bunyi 'pom'.
"Hoi!! Mana boleh guna Thunderclap!" teriak salah seorang ahli kumpulan seberang sambil mereka berlari ke arah kami dalam kumpulan. "Nak bunuh kitorang ke?!" jerit mereka lagi.
Ahli kumpulan kami memberhentikan serangan dan bersedia untuk bersemuka dengan mereka.
"Kan dah cakap awal tadi, tak boleh guna Thunderclap! Bahaya!" tempelak seorang yang lain.
Benar kata mereka. Peraturan 'perang' malam itu adalah tidak dibenarkan menggunakan Thunderclap. Kerana pernah terjadi kes di mana mercun itu sesat lalu masuk ke surau dan menyebabkan pakcik-pakcik marah. Maka mercun itu dilarang sama sekali untuk digunakan ketika 'berperang'. Kumpulan kami telah melakukan satu kesalahan.
"Siapa yang guna Thunderclap tadi? Keluar sekarang!" jerit Irshad, seorang pelajar tahun 4.
Tiada yang mengaku.
"Siapa?! Baik mengaku cepat?!"
Tak semena-mena, saya ditolak ke hadapan untuk mengadap Irshad. Saya tidak tahu siapa yang menolak saya.
Irshad membuat muka bengis.
Tidak semena-mena juga, tangan Irshad dihayun menuju ke muka saya. Tersungkur saya di atas jalan dalam. Terpana saya seketika, tidak pasti apa yang sedang berlaku.
Irshad tanpa membuang masa, terus menerkam saya seperti seekor singa gila yang sudah lama kelaparan, duduk di atas perut saya dan mematikan peluang untuk saya bangun. Tangan kanannya diangkat ke udara dan bersedia untuk dihentam ke muka saya. Namun, sebelum sempat tangan kanannya melepaskan pukulan, saya tangkap lengan Irshad. Irshad cuba melepaskan tumbukan dengan tangan kirinya, juga berjaya saya tahan sebelum pukulannya tiba ke muka saya.
Kami berada dalam keadaan tersebut untuk beberapa ketika. Saya perasan, walaupun badan Irshad lebih kecil dari saya, (sedangkan dia di darjah 4, saya darjah 3), saya masih bertungkus-lumus untuk menahan kedua-dua tangannya.
Kawan-kawan lain mengerumuni kami, membentuk bulatan, sambil bersorak "Gaduh! Gaduh! Gaduh!". Seolah-olah sedang menyaksikan perlawanan gusti yang biasa mereka lihat di TV.
Beberapa ketika kemudian, entah bagaimana, salah satu tangan Irshad terlepas dari cengkaman saya. Dia mencapai rambut saya dan cuba untuk menghentak kepala saya ke atas jalan tar.
Sekali lagi, sebelum dia berjaya membuat pukulannya, saya gulingkan badan dan menolak Irshad ke tepi. Kedudukan kami bertukar. Kini, saya yang menyekat cubaan dia untuk bangun. Lutut kanan saya, ditekan ke pergelangan tangan kiri Irshad untuk menyekat pergerakan tangan kirinya. Lutut kiri saya pula berada di dadanya, menghenyak tulang rusuk dan pangkal leher Irshad. Manakala tangan kiri saya menekan tangan kiri Irshad ke atas jalan, mematikan peluangnya untuk membuat apa-apa pukulan.
Tangan kanan saya pula, melepaskan beberapa tumbukan ke muka Irshad. Untuk seketika, otak saya menjadi kosong. Saya tidak pasti apa yang sedang saya buat ketika itu. Ketika saya sedar, tangan kanan saya sudah berada di kepala Irshad, mencengkam rambutnya. Irshad mencuba sedaya upaya untuk meloloskan diri. Tapi sia-sia kerana semua pergerakannya sudah saya sekat rapi. Lutut Irshad menendang-nendang belakang saya dalam cubaannya menyelamatkan diri tapi tidak memberi kesan kepada saya.
Saya berbisik ke muka Irshad "Sekarang siapa yang pukul siapa?"
Kawan-kawan yang masih mengerumuni menjerit "Hentak je! Hentak kepala dia atas jalan!" "Hentak! Hentak! Hentak!"
Ketika mendengar 'cadangan' mereka, saya sudah pun dalam posisi untuk berbuat demikian.
Namun, ketika melihat muka Irshad yang seperti kehabisan nafas untuk melawan, perlahan-lahan, saya lepaskan cengkaman tangan kanan saya kepada rambutnya. Tidak sanggup untuk meneruskan niat saya menghentak kepala seorang budak yang juga boleh merasa sakit seperti saya. Walaupun ketika itu, tangan saya sudah sangat mampu untuk berbuat demikian.
Saya bangkit, memecahkan bulatan kawan-kawan dan terus berlari pulang ke rumah.
Di rumah, saya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku ketika lalu di hadapan Emak yang sedang menjahit di mesin jahitnya. Emak yang melihat saya pulang lebih awal dari biasa memerhati saya dengan rasa hairan namun tidak bertanya apa-apa. Saya terus melulu ke bilik kakak yang terletak di belakang rumah dan menyorok di situ. Kakak terkejut dengan kehadiran saya dan terus bertanya "Apa hal kau ni?". Saya tidak menjawab tetapi terus duduk bersandar ke dinding dan cuba menenangkan diri. Masih tidak percaya saya baru sahaja ditumbuk, menumbuk dan hampir-hampir sahaja memecahkan kepala seseorang.
Saya pasti, sekejap lagi ibu bapa Irshad akan datang ke rumah untuk bertanya apa yang telah saya lakukan kepada Irshad sambil.
Tekaan saya betul. Ibu bapa Irshad datang. Namun saya tidak keluar dari bilik kakak. Saya hanya curi-curi dengar perbualan Emak, Abah dan ibu bapa Irshad walaupun butirannya tidak berapa jelas di telinga saya.
Selepas beberapa ketika, ibu bapa Irshad pulang. Mujur Abah tidak berkata apa-apa. Dia hanya menganggap, pergaduhan kami hanyalah pergaduhan budak-budak dan tiada apa yang perlu dirisaukan.
Malam itu, setelah penat membatu di bilik kakak, saya beranikan diri keluar dan terus masuk ke bilik sendiri. Mujur Emak sudah tiada di meja jahitnya untuk bertanya itu dan ini kepada saya. Ketika saya menghempas badan ke katil, saya sedar, ada kuku kaki saya tertanggal dan darah kering bertempek-tempek di tapak kaki. Saya tidak pasti bila kala kuku tersebut tertanggal.
Saya tidak kisah. Saya terus tertidur dalam keadaan baju melayu saya masih basah dek berpeluh oleh pergaduhan tadi. Walaupun masih terkejut, namun saya tahu, tindakan saya lari dari pergaduhan tadi adalah tindakan yang betul. Saya berjaya menahan tangan saya dari merosakkan orang lain. Walaupun mungkin saya akan dipanggil 'pengecut' oleh kawan-kawan saya esok.
"Lantaklah..." pujuk hati.

2 comments:
Silent reader..keke
isk2..kecik2 dh pandai gaduh..seb baek dh besar jadi budak baek..:P
Dear Anonymous,
Terima kasih sebab sudi baca. =)
Siapa ni? Nak kenal boleh?
Post a Comment