Friday, January 23, 2009

Ada apa dengan pangkat?

23 Januari 2009

Cuaca di New Brunswick hari ini agak cerah dan sedikit panas. Salji di jalanan mulai cair dan bersinar-sinar seperti serpihan permata yang menyilaukan pandangan. Angin yang dahulunya bertiup hanya untuk menambahkan kesejukan, tapi hari ini, berhembus membawa kesegaran pada mereka yang berlalu . Mungkin kerana musim bunga hampir. Syukur kepada Tuhan yang telah memberi kekuatan kepada saya untuk mengharungi musim salji yang sejuk walaupun tempohnya tidaklah selama mana.

Petang itu, sambil duduk-duduk di hadapan komputer melihat gambar rakan-rakan sewaktu di Texas didalam Facebook. Teringat pula kisah-kisah suka duka sepanjang perjalanan tersebut. Selepas itu, saya lihat pula gambar-gambar sewaktu saya berada di Ohio bersama rakan-rakan sebuah persatuan yang agak terkenal di USA.

Terfikir atau tidak, rupa-rupanya, di dalam masa lima bulan semenjak saya sampai ke tanah ini, sudah hampir satu per tiga nagara ini saya terokai. Juga tanpa diduga, pengembaraan-pengembaraan tersebut telah menambah ilmu di dada dan melatih diri menjadi manusia lebih berguna.

Di dalam perjalanan-perjalanan tersebut, saya telah menjadi saksi kepada perletakan jawatan ahli-ahli lama dan perlantikan ahli-ahli baru persatuan tersebut.Terbayang pula di otak fikiran suasana sewaktu perlantikan ahli-ahli jawatan kuasa yang baru tersebut.

Yang paling ironi, di mana-mana saya pergi pasti ada yang bertanya soalan-soalan seperti begini, "Apa jawatan awak dalam persatuan ini?", "Bila nama awak nak di panggil sebagai AJK tertinggi yang baru?", "Kenapa nama awak tiada dalam senarai perlantikan?", dan beberapa soalan yang hampir serupa maknanya. Jawapan yang mampu saya berikan hanyalah seperti "Saya bukanlah orang penting disini", "Masih ramai yang lebih berkelayakan dari saya", "Saya cumalah rakan kepada ahli-ahli persatuan ini, tidak lebih dari itu", dan beberapa jawapan lain yang mungkin tidak akan memuaskan hati si penanya.

Selepas habis perlantikan, AJK-AJK lama dan baru dikehendaki membentangkan perkara yang mereka telah lakukan atau akan dilakukan. Saya cuba mendengar segala yang mereka cuba mereka terangkan. Namum kadang-kala, tertewas juga dengan daya yang dihasilkan oleh hanya beberapa otot kelopak mata.

Setelah habis sesi pembentangan tersebut, kami solat dan makan bersama-sama. Saya cuba untuk berkenalan dengan seramai ahli yang hadir di majlis tersebut. Di samping itu, saya perhatikan AJK-AJK lama yang telah melepaskan jawatan masing-masing.

Dari jauh, saya lihat, mereka gembira berborak sesama mereka. Mungkin kerana berasa lega kerana beban yang dipikul selama ini telah diserahkan ke bahu yang lain. Mungkin juga mereka gembira kerana dapat bertemu rakan-rakan yang tinggal di universiti berjauhan.

Sebelum ini (sebelum majlis perlantikan AJK baru), saya lihat, mereka sering di kelilingi oleh orang-orang yang ingin berkenalan dengan mereka. Seolah-olah, orang-orang tersebut berharap, mereka akan memperoleh sesuatu dari mereka. Namun, setelah mereka tidak mempunyai apa-apa jawatan, orang di sekitar mereka seolah-olah tidak perasan dengan kehadiran mereka.

Adakah selama ini orang-orang tersebut hanya ingin berkenalan dengan mereka kerana mereka mempunyai jawatan? Wallahualam. Saya tiada hak untuk berkata apa-apa mengenai perkara tersebut.

Suasana tersebut, mungkin sudah biasa terjadi di mana-mana persatuan-persatuan. Sememangnya, manusia sering dikenali dan disanjungi kerana pangkat. Ramai orang ingin menjadi rakan kita jika kita berjawatan. Tetapi setelah kita tiada apa-apa nama, orang akan melihat kita seperti biasa. Tiada apa-apa keistimewaan. Dahulu, sewaktu berdarjat, ramai ingin makan dengan kita, berbual dan bersenda, bertanya pelbagai perkara mengenai kita, dan sebagainya. Tetapi setelah jawatan dilepaskan, orang-orang tadi lesap entah ke mana. Duduk makan di meja pun hanyalah rakan-rakan yang memang rapat dengan kita. Gurauan penuh kesopanan tiada lagi kedengaran.

Itulah lumrah alam yang diciptakan Tuhan. Manusia sering disanjungi kerana jawatannya. Walaupun pada hakikat, dia hanyalah orang biasa yang kerana kehendak Allah, dikurnikan kekuasaan. Pada hakikatnya, orang itu tidaklah sehebat yang difikirkan.

Fikir-fikirlah kepada yang ingin berfikir.

4 comments:

Hanis Haziqah said...

hurm. boleh menimbulkan kontroversi ini.

Anonymous said...

entah-entah jenal ni kecewa kot tak dapek jadi presiden persatuan tersebut. hoh.
anyway,kalau tak wujud jawatan mana mungkin wujud persatuan, dan kalau tak wujud persatuan bagaimana hendak menguruskan xtvt dan seterusnya memacu komuniti ke arah kesejahteraan ?? tak gitu?

Unknown said...

hahaha...
saya dah agak akan ada yg akan ckp cmni...
saya cuma tulis ape yg saya perhati...

(mungkin tajuk kot buat org pk camtu...)

mmg organisasi tu pntg...tp...saya cume berasa hairan dgn mereka yg suke kepada org berpgkt...knp tidak boleh kenal org dgn ikhlas?

Anonymous said...

Hmmm...
Bak kate orang "Dunia dah nak akhir zaman"...

ade lagi ker manusia yang ikhlas kerana Allah? Ade lagi ker pemimpin yang dipilih atas dasar tu?

Basically, orang suka tengok popularity (demokrasi lah katakan...) dan pilih sebab kawan (kronisme)

Kalau orang yang dipilih tu bagus populariti n kerja, then it is OK...

Anyway, ko tu akan jadi pemimpin untuk beberapa organisasi masa yang akan datang...

Jgn risaulah kalau kau tak terpilih jadi ape2 buat masa sekarang...

Kalo ko tercalon jd Secretary UN pun aku vote ko tau! (cheewwwah)


(';')